Friday 29 June 2012

Pra-pengauditan 5S

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba ...Malam menjelangnya pra-pengauditan ,suasana sekolah begitu meriah,masing-masing sibuk untuk mengemaskini dan 'touch-up' maklumat & bahan-bahan yang masih dirasakan kekurangan disana sini.

Alhamdulillah, berkat kerjasama , komitmen dan kesungguhan semua warga sekolah, kita telah mampu berada di zon  yang berpotensi mendapat persijilan 5S .Walaubagaimanapun beberapa perkara yang ditegur perlu di'touch-up".Tahniah & terima kasih kepada semua guru,staf serta anak-anak pelajar ....Sumbangan anda semua sangat dihargai!

Harapan semoga amalan 5S akan menjadi budaya kerja bagi semua warga SMVDUHMS ,yang akan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pelajar.

Monday 18 June 2012

Perkongsian Pintar di Pulau Redang

Program 3H2M yang disertai oleh 30 orang guru dan 10 ahli keluarga telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Dalam tempoh yang singkat pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan,bermula dengan kunjungan mesra sambil menjamu selera di rumah keluarga cikgu Shamimi di Ajil.Terima kasih yang tidak terhingga atas layanan dan menu yang sangat enak!Kemudian kami menuju ke Pasar Payang sambil window shopping dan ada yang tidak melepaskan peluang menikmati durian IOI. Pada sebelah petang,check-in di Merang Suria Resort,dan dinner di warong makanan laut bersalut tepung.keesokan pagi bertolak ke Pulau Redang.sejurus sampai,iaitu sambil menikmati welcome drink diadakan slot Serasi Bersama dimana guru-guru baru memperkenalkan pasangan masing-masing sebagai sebahagian dari ahli keluarga smvduhms.Pada sebelah petang,kami bersnorkling,walaupun laut agak berombak tapi kepuasan dan excitement jelas terbayang diwajah masing-masing...sungguh hebat penciptaan Allah dengan karang yang indah dan ikan yang berwarna warni. Slot perkongsian pintar oleh Pn Hjh Hasanah adalah sangat bermakna dan berharga kerana berasaskan pengalaman beliau selama lebih 30thn di smvduhms.semoga semua guru yang hadir dapat menjadikan beliau sebagai contoh untuk menjadi pendidik yang cemerlang. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang dapat menyertai program ini.Terima kasih buat Pn Hjh Hasanah & moga program ini menjadi kenangan manis sebelum beliau bersara dan En.Zaki serta Pn.Ramlah.Diharapkan program ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.Insyallah ada rezki kita akan ke Pulau yang lain pula....

Saturday 9 June 2012

Selamat kembali ke sekolah....

Masa berlalu begitu cepat sehingga tanpa disedari cuti semester 1 selama 2 minggu sampai ke penghujungnya.Ini bermakna separuh dari tempoh tahun persekolahan 2012 telah berakhir.Buat anak-anak pelajar,diharapkan telah dapat membuat refleksi  atas segala usaha yang telah dibuat dalam tempoh tersebut  Justru itu ,ambillah tindakan yang sewajarnya untuk menebus kesilapan dan kealpaan selama ini.Gunakanlah kesempatan, peluang dan ruang yang ada untuk mencapai kecemerlangan diri supaya anak-anak mampu untk bersaing dan duduk sama tinggi dengan pelajar-pelajar di luar sana.

Tahniah dan terima kasih kepada semua staf dan guru-guru yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh sepuluh hari bergotong-royong  5S.Pelbagai bentuk tugasan dapat dibereskan dari sekecil-kecil kerja sehinggalah mengecat bangunan.Dan tidak dilupakan menu Nasi Ayam 5S... Komitmen yang diberikan sangat dihargai ! Harapan saya moga pelajar-pelajar memberikan kerjasama untuk menjaga kemudahan yang telah disediakan.Beberapa peraturan baru akan diperkenalkan kepada warga SMVDUHMS dalam masa terdekat.

Kepada semua warga SMVDUHMS,selamat kembali ke semester kedua 2012 dengan mental & fizikal yang mantap bagi mencapai target GPS  3.80 dalam SPM 2012  dan  memperolehi  sijil 5S pada akhir Jun....

ALL THE BEST !