Sunday 1 December 2013

Selamat Bercuti Untuk Semester 2 2013

Cuti semester 2 telah pun 2 minggu berlalu dan Peperiksaan SPM hanya tinggal 2 kertas elektif yang menunggu pada 2 & 5 Dec.Moga calon SPM yang merupakan kohort terakhir SPM akan mencatatkan sejarah bagi KVDUHMS.Sekalung tahniah & jutaan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah membimbing pelajar selama dua tahun dan diakhiri dengan kelas intensif sepanjang SPM berjalan.

Beberapa projek naiktaraf landskap,prasarana dan kemudahan  lain sedang giat dilaksanakan dengan harapan akan dapat memberikan nafas baru kepada warga KVDUHMS untuk tahun 2014 dengan pelaksanaan sepenuhnya pengambilan pelajar KV.

Terima kasih kepada JK Pengurusan yang  sedang bertungkus lumus menyediakan perancangan 2014 berdasarkan keperluan untuk memastikan pengurusan kolej berjalan lancar.Buat  tenaga pengajar yang diluluskan pindah ,warga KVDUHMS mengucapkan selamat menjalani kehidupan baru & Selamat maju jaya.terima kasih atas segala sumbangan sepanjang berada di KVDUHMS.

Wednesday 9 October 2013

Selamat menjalani peperiksaan Sem 2/Gerak Gempur & temudugaVTO/ VTE/ VTM

Semester 2 telah sampai ke penghujung dan pelbagai aktiviti pentaksiran yang melibatkan pelajar dan tidak ketinggalan buat tenaga pengajar.2 hari sesi temuduga bagi pengiktirafanVTO/VTE/VTM telah tamat sudah.Sememangnya begitu mendebarkan para calon ,mungkin disebabkan telah begitu lama tidak menghadiri interview!Walaubagaimanapun KVDUHMS mampu melayakkan kesemua calonnya untuk menghadiri interview.sama-sama kita berdoa moga kesemua calon dianugerahkan VTO@VTE @VTM .

Pelajar Thn 1 akan mengakhiri Pentaksiran Akhir Sem 2 esok dan akan memulakan Short Sem pada 21 oktober dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.Kepada pelajar T5 ,masih tinggal beberapa minggu lagi sebelum menduduki peperiksaan SPM 2013.Lipatgandakan usaha supaya kejayaan berada dalam genggaman.

All the best ......

Tuesday 10 September 2013

EXAM,EXAM,EXAM.....Usaha Tangga Kejayaan

Alhamdulillah selesai sudah Peperiksaan Percubaan SPM 2013.Semoga anak-anak calon SPM 2013 akan dapat membuat penilaian setakat mana persediaan bagi menduduki SPM sebenar yang dijangka pada awal November. Apa yang penting ialah keinginan dan kesungguhan untuk berubah dan memperbaikki diri. Justru itu manafaatkanlah  sepenuh peluang & ruang yang ada untuk merealisasikan impian masing-masing.

Buat anak-anak KV semester II ,masih ada 2 minggu menjelangnya Peperiksaan Akhir Sem II. Keputusan Sem I boleh dijadikan ikhtibar dan panduan bagi menyusun strategi untuk mencapai keputusan yang lebih baik.Usahalah bersungguh-sungguh supaya anda mampu berada dalam kelompok yang akan menerima Anugerah Pengarah.

Tahniah kepada ahli KIK KVDUHMS yang terpilih memasuki Pertandingan Inovasi KIK Peringkat Kebangsaan di Johor Baharu pada 13-15 September 2013.Semoga kemenangan akan menyebelahi tn/pn .


Good luck & all the best.......

Tuesday 27 August 2013

Sekalung tahniah buat warga KVDUHMS

Alhamdulillah,pemantauan oleh Juruodit MPC bagi pensijilan 5S telah selesai.sekalung tahniah buat semua warga KVDUHMS yang telah bekerja keras dan memberikan sepenuh komitmen untuk memastikan persekitaran yang kondusif dan  memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MPC.

Semoga kerjasama dan kerja berpasukan sebegini akan dapat diteruskan dan dijadikan budaya  kerja oleh semua warga KVDUHMS dalam apa sahaja  tugasan yang dijalankan.

Syabas dan terima kasih.Semoga kita akan terus  bergerak ke hadapan.....

Tuesday 20 August 2013

Persijilan 5S oleh MPC

Selamat kembali  ke sesi persekolahan selepas bercuti selamat dua minggu .Semoga madrasah ramadhan yang telah dilalui dapat membentuk dan mempertingkatkan diri kita bagi meneruskan tugasan yang telah diamanahkan.

Buat pelajar tingkatan 5,teruskan usaha dan perjuangan bagi menghadapi Peperiksaan Percubaan yang akan diadakan dalam tempoh dua minggu.bagi pelajar semester 2 KV,pertingkatkan usaha bagi memastikan pencapaian yang lebih baik dari semester1.berikan fokus terhadap tugasan dan apa sahaja aktiviti yang dijalankan sepanjang p&p.Usaha tangga kejayaan...

Kepada warga KVDUHMS,selamat menerima pemantau dari MPC bagi mendapatkan persijilan 5S.Usaha dan kerjasama semua adalah sangat diharapkan.

All the best....



Monday 10 June 2013

Selamat kembali untuk semester 2

             Cuti semester 1 selama 11 hari telah berakhir dan diharapkan semua tenaga pengajar & anak2 pelajar telah mendapat rehat yang mencukupi dan bersedia untuk menghadapi semester 2 yang dijangka lebih mencabar terutama bagi persiapan pelajar kohort terakhir yang akan menghadapi SPM pada bulan Nov akan datang.Kepada pelajar KV,pertingkatkan komitmen dalam semua aktiviti dan buatlah yang terbaik kerana ianya  merupakan pentaksiran berterusan yang diambil kira bagi pengiraan CGPA.Pilihan untuk gagal@berjaya berada ditangan anak-anak pelajar,oleh itu buatlah pilihan yang betul dan tepat bagi kehidupan dunia @ akhirat.

              Hari pertama persekolahan mencatatkan peristiwa di mana SE telah di hempap oleh pokok getah yang tumbang akibat dari ribut pada hari sebelumnya.Walaubagaimanapun ,kerosakan yang agak minimum kerana hanya 2 keping atap yang koyak dan perlu diganti sementara selainnya boleah diguna semula.

              Selamat bertugas buat semua tenaga pengajar. &. selamat maju jaya kepada semua anak-anak pelajar....

Thursday 30 May 2013

SELAMAT BERCUTI

                 Alhamdulillah,sesi persekolahan semester pertama 2013 telah berlalu diakhiri dengan Pentaksiran Pusat bagi pelajar tahun 1 KV dan Program Jom KV Boleh serta Program Perkampungan Akademik bagi pelajar Tingkatan 5.Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua tenaga pengajar yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan semua program yang telah dijalankan sepanjang semester . Moga pengalaman melaksanakan p&p bagi pelajar KV semester 1 dapat dijadikan panduan untuk menambahbaik & memantapkan pengurusan & kaedah pengajaran bagi semester yang akan datang.
                  Dikesempatan pelajar balik bercuti,beberapa projek akan dijalankan termasuk membaikki tangki air yang bocor ,membina tempat rehat berbumbung dan bilik air tambahan bagi pelajar asrama.Terima kasih kepada En Amir,En.Yasmir,En Azwan dan En Rizal yang telah membantu memindahkan bunga2 kertas peninggalan arwah En Ramli .Insyaallah,minggu depan kita akan memulakan projek adhoc tersebut secara bergotong-royong di bawah pengurus En Asmawi & akan dapat digunakan oleh pelajar sekembalinya untuk semester 2.

Selamat bercuti dan selamat menjalani lawatan ke Bandung kepada 9 orang tenaga pengajar.Moga akan dapat adopt & adapt ilmu dari kolej2 yang dilawati untuk kebaikan bersama....

Wednesday 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah merupakan tarikh keramat buat semua warga pendidik.Di hari yang penuh bermakna ini para pendidik diraikan sebagai tanda penghargaan atas penat lelah dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam usaha melahirkan insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Walaubagaimanapun,memandangkan pelajar-pelajar tahun 1 sedang mendudukki Pentaksiran Pusat bagi Semester 1, Hari Guru Peringkat KVDUHMS akan di adakan pada 17 Mei (Jumaat).
Buat semua tenaga pengajar KVDUHMS,terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen dan segala sumbangan dalam usaha membantu anak didik.Semoga kita akan terus bekerja dengan ikhlas dan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar2.
Selamat Hari Guru & Terima kasih Cikgu....

Thursday 21 March 2013

SAAT YANG DITUNGGU TIBA JUA - SPM 2012

Masa berlalu begitu cepat,dan sampai masanya untuk membuat penilaian atas kerja keras yang telah dijalankan sepanjang 2011/2012.tepat jam 11.45 pg ,semua pelajar tingkatan 5 dan calon SPM 2012 telah berkumpul di astaka dengan riak muka yang mendebarkan.a

 Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus membantu,membimbing anak-anak pelajar sehingga mereka mampu berjaya dengan pencapaian yang cemerlang.Beberapa subjek telah menunjukkan peningkatan iatu B.M,Pendidikan Agama Islam dan Penyedian Makanan & Minuman.Tahniah kepada semua guru terlibat. Tahniah kepada pelajar yang mendapat straight A's dan tidak dilupakan kepada pelajar yang mendapat 7 A & 6A.Ini membuktikan bahawa  semua pelajar  mampu untuk berjaya dengan cemerlang dengan syarat adanya kemahuan dan kegigihan

Kepada anak-anak pelajar yang kurang bernasib baik,laluan lain banyak tersedia di luar sanaBuatlah pilihan yang bijak samada untuk terus belajar @ menceburi bidang pekerjaan.Apapun yang anak-anak pelajar rancang,pastikanlah ianya menjanjikan masa depan yang terbaik.Warga KVDUHMS sebnatiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak pelajar. Kami  tumpang gembira atas kecemerlangan yang telah diperolehi.

Terima kasih cikgu.........

Tuesday 12 March 2013

Lawatan Tn Pengarah ke SE KVDUHMS

Alhamdulillah,SE KVDUHMS telah menerima tetamu istemewa iaitu Tn Pengarah BPTV pada jam 2  petang.Chef-chef Laman Cafe sempat menyediakan hidangan makan tengahari dengan menu gulai ayam cili padinya dipadankan dengan sambal udang petai ,ikan masin goreng & sayur campur.tidak ketinggalan diakhiri dengan ice-cream goreng.Sebelum balik,Tn Pengarah dijamu pula dengan kueh kole kacang & Kopi kampung yang di import khas dari Sg Petani.

Semoga kehadiran Tn Pengarah dapat memberi peransang dan motivasi untuk tenaga pengajar berusaha dengan lebih giat bagi memajukan SE dan memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti .Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Pengarah atas cadangan dan pandangan.Terima kasih juga kepada chef-chef KVDUHMS,CEO,Deputy CEO,managers ,staf dan semua yang memberi sumbangan sehingga tercapainya impian untuk mewujudkan SE KVDUHMS..

Sunday 3 February 2013

Selamat Datang Pelajar Tahun 1 2013

Alhamdulillah , proses pendaftaran pelajar tahun 1 berjalan dengan lancar dengan dua sesi pengambilan dan minggu suaikenal.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga KVDUHMS yang telah membantu melancarkan majlis pendaftaran tersebut.Pelajar-pelajar telah pun memulakan P & P seperti yang telah dijadualkan.Walaubagaimanapun masih terdapat pelajar-pelajar yang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran  dan sistem pembelajaran yang baru.

Terima kasih juga kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada KVDUHMS dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk mendidik anak-anak pelajar.Kepada pelajar yang gagal untuk masuk ke sini,pihak kolej mohon berbanyak maaf kerana tempat yang ada tersangat terhad dengan permintaan yang sangat tinggi. Insyallah rezki anak-anak ada di tempat lain,jadi teruskan usaha supaya cita-cita  dan impian yang tertanam akan dapat dicapai.

Selamat menjadi warga KVDUHMS .....

Saturday 26 January 2013

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS BAGI TAHUN 2013

            Sessi  akademik 2013 telah pun 3 minggu berlalu.Banyak peristiwa dan aktiviti yang telah dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat itu.Pertamanya tahniah buat semua warga KVDUHMS kerana telah dapat merealisasikan hasrat untuk menubuhkan School Enterprise Kooperasi KVDUHMS yang menyediakan tiga perkhidmatan iaitu Laman Cafe, Butik Cahaya Pesona dan D'Creative Saloon.Semoga  dapat memberi pengalaman secara hands-on kepada pelajar-pelajar.
          Pendaftaran pelajar kohort pertama kolej vokasional telah pun selesai dan pelajar-pelajar sedang melalui minggu suaikenal yang bertujuan untuk memberikan masa kepada pelajar menyesuaikan diri dan memahami tugas serta tanggungjawab sebagai pelajar kolej . harapan semoga mereka akan terus kekal dengan kursus yang telah dipilih.
          Selamat menjadi sebahagian dari warga KVDUHMS.