Masa yang ditunggu-tunggu telah pun sampai....Alhamdulillah ,terima kasih ya Allah kerana segala usaha dan penat lelah selama dua tahun memberikan hasil yang begitu menggembirakan.SPM 2013 telah mencatatkan sejarah KVDUHMS dengan pecapaian GPS 3.57.
Tahniah & setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah2 atas sumbangan mendidik anak-anak pelajar tanpa jemu.Banyak kenangan pahit manis bersama yang dilalui & semuanya akan terpahat di memori .Buat anak-anak pelajar yang berjaya,teruskan usaha mengejar cita-cita yang terpendam dan kepada yang kurang bernasib baik,pasti ada laluan @ alternatif lain untuk mencapai impian masing-masing.
Harapan saya semoga kita akan terus bekerja bersama-sama ....
Thursday 20 March 2014
Friday 14 February 2014
Selamat menjalankan tugas bagi tahun 2014
Alhamdulillah 2014 telah berlalu selama 6 minggu.Macam-macam peristiwa telah berlaku yang mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Pengambilan pelajar tahun 1 telah selesai dan anak-anak pelajar telah mengikuti kelas masing-masing.
Keputusan Sem 2 telahpun diumumkan,tahniah buat 55 orang pelajar yang mendapat CGPA melebihi 3.5 dan mereka telah diraikan dalam majlis anugerah Pengarah di Restoran Loyang,Tampin.Moga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus bersaing secara positif.
Program-program lain berjalan lancar-SE beroperasi seperti biasa dengan penambahanperkhidmatan yang dijangka akan dimulakan pada minggu depan iaitu "door to door delivery" .PBE telah dimulakan dengan aktiviti "trading" yang dibuat secara kecil-kecilan disamping mencari projek-projek lain .
Buat pensyarah & pelajar KVDUHMS- selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.Teruskan kecemerlangan dalam semua tugasan yang diamanahkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)