Friday 14 February 2014

Selamat menjalankan tugas bagi tahun 2014

Alhamdulillah 2014 telah berlalu selama 6 minggu.Macam-macam peristiwa telah berlaku yang mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Pengambilan pelajar tahun 1 telah selesai dan anak-anak pelajar telah mengikuti kelas masing-masing.
Keputusan Sem 2 telahpun diumumkan,tahniah buat 55 orang pelajar yang mendapat CGPA melebihi 3.5 dan mereka telah diraikan dalam majlis anugerah Pengarah di Restoran Loyang,Tampin.Moga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus bersaing secara positif.
Program-program lain berjalan lancar-SE beroperasi seperti biasa dengan penambahanperkhidmatan yang dijangka akan dimulakan pada minggu depan iaitu "door to door delivery" .PBE telah dimulakan dengan aktiviti "trading" yang dibuat secara kecil-kecilan disamping mencari projek-projek lain .
Buat pensyarah & pelajar KVDUHMS- selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.Teruskan kecemerlangan dalam semua tugasan yang diamanahkan.