tag:blogger.com,1999:blog-72940944795237459612024-02-18T18:40:13.313-08:00coretan tinta...SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.comBlogger41125tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-27728495093494436812014-03-20T08:22:00.000-07:002014-03-20T08:22:49.419-07:00Sekalung tahniah buat pelajar SPM 2013 & Pensyarah Masa yang ditunggu-tunggu telah pun sampai....Alhamdulillah ,terima kasih ya Allah kerana segala usaha dan penat lelah selama dua tahun memberikan hasil yang begitu menggembirakan.SPM 2013 telah mencatatkan sejarah KVDUHMS dengan pecapaian GPS 3.57.

Tahniah & setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah2 atas sumbangan mendidik anak-anak pelajar tanpa jemu.Banyak kenangan pahit manis bersama yang dilalui & semuanya akan terpahat di memori .Buat anak-anak pelajar yang berjaya,teruskan usaha mengejar cita-cita yang terpendam dan kepada yang kurang bernasib baik,pasti ada laluan @ alternatif lain untuk mencapai impian masing-masing.

Harapan saya semoga kita akan terus bekerja bersama-sama ....

SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-81531728917712943752014-02-14T03:56:00.002-08:002014-02-14T03:56:52.338-08:00Selamat menjalankan tugas bagi tahun 2014Alhamdulillah 2014 telah berlalu selama 6 minggu.Macam-macam peristiwa telah berlaku yang mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Pengambilan pelajar tahun 1 telah selesai dan anak-anak pelajar telah mengikuti kelas masing-masing.

Keputusan Sem 2 telahpun diumumkan,tahniah buat 55 orang pelajar yang mendapat CGPA melebihi 3.5 dan mereka telah diraikan dalam majlis anugerah Pengarah di Restoran Loyang,Tampin.Moga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus bersaing secara positif.

Program-program lain berjalan lancar-SE beroperasi seperti biasa dengan penambahanperkhidmatan yang dijangka akan dimulakan pada minggu depan iaitu "door to door delivery" .PBE telah dimulakan dengan aktiviti "trading" yang dibuat secara kecil-kecilan disamping mencari projek-projek lain .

Buat pensyarah & pelajar KVDUHMS- selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.Teruskan kecemerlangan dalam semua tugasan yang diamanahkan.SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-38278174857398557792013-12-01T04:25:00.001-08:002013-12-01T04:25:08.374-08:00Selamat Bercuti Untuk Semester 2 2013Cuti semester 2 telah pun 2 minggu berlalu dan Peperiksaan SPM hanya tinggal 2 kertas elektif yang menunggu pada 2 & 5 Dec.Moga calon SPM yang merupakan kohort terakhir SPM akan mencatatkan sejarah bagi KVDUHMS.Sekalung tahniah & jutaan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah membimbing pelajar selama dua tahun dan diakhiri dengan kelas intensif sepanjang SPM berjalan.

Beberapa projek naiktaraf landskap,prasarana dan kemudahan lain sedang giat dilaksanakan dengan harapan akan dapat memberikan nafas baru kepada warga KVDUHMS untuk tahun 2014 dengan pelaksanaan sepenuhnya pengambilan pelajar KV.

Terima kasih kepada JK Pengurusan yang sedang bertungkus lumus menyediakan perancangan 2014 berdasarkan keperluan untuk memastikan pengurusan kolej berjalan lancar.Buat tenaga pengajar yang diluluskan pindah ,warga KVDUHMS mengucapkan selamat menjalani kehidupan baru & Selamat maju jaya.terima kasih atas segala sumbangan sepanjang berada di KVDUHMS.SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-83327590391972814372013-10-09T06:16:00.003-07:002013-10-09T06:16:42.745-07:00Selamat menjalani peperiksaan Sem 2/Gerak Gempur & temudugaVTO/ VTE/ VTM Semester 2 telah sampai ke penghujung dan pelbagai aktiviti pentaksiran yang melibatkan pelajar dan tidak ketinggalan buat tenaga pengajar.2 hari sesi temuduga bagi pengiktirafanVTO/VTE/VTM telah tamat sudah.Sememangnya begitu mendebarkan para calon ,mungkin disebabkan telah begitu lama tidak menghadiri interview!Walaubagaimanapun KVDUHMS mampu melayakkan kesemua calonnya untuk menghadiri interview.sama-sama kita berdoa moga kesemua calon dianugerahkan VTO@VTE @VTM .

Pelajar Thn 1 akan mengakhiri Pentaksiran Akhir Sem 2 esok dan akan memulakan Short Sem pada 21 oktober dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.Kepada pelajar T5 ,masih tinggal beberapa minggu lagi sebelum menduduki peperiksaan SPM 2013.Lipatgandakan usaha supaya kejayaan berada dalam genggaman.

All the best ......SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-6994409221057967532013-09-10T07:36:00.001-07:002013-09-10T07:36:11.429-07:00EXAM,EXAM,EXAM.....Usaha Tangga KejayaanAlhamdulillah selesai sudah Peperiksaan Percubaan SPM 2013.Semoga anak-anak calon SPM 2013 akan dapat membuat penilaian setakat mana persediaan bagi menduduki SPM sebenar yang dijangka pada awal November. Apa yang penting ialah keinginan dan kesungguhan untuk berubah dan memperbaikki diri. Justru itu manafaatkanlah sepenuh peluang & ruang yang ada untuk merealisasikan impian masing-masing.

Buat anak-anak KV semester II ,masih ada 2 minggu menjelangnya Peperiksaan Akhir Sem II. Keputusan Sem I boleh dijadikan ikhtibar dan panduan bagi menyusun strategi untuk mencapai keputusan yang lebih baik.Usahalah bersungguh-sungguh supaya anda mampu berada dalam kelompok yang akan menerima Anugerah Pengarah.

Tahniah kepada ahli KIK KVDUHMS yang terpilih memasuki Pertandingan Inovasi KIK Peringkat Kebangsaan di Johor Baharu pada 13-15 September 2013.Semoga kemenangan akan menyebelahi tn/pn .

Good luck & all the best.......SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-7172806357177392042013-08-27T02:03:00.002-07:002013-08-27T02:03:30.174-07:00Sekalung tahniah buat warga KVDUHMSAlhamdulillah,pemantauan oleh Juruodit MPC bagi pensijilan 5S telah selesai.sekalung tahniah buat semua warga KVDUHMS yang telah bekerja keras dan memberikan sepenuh komitmen untuk memastikan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MPC.

Semoga kerjasama dan kerja berpasukan sebegini akan dapat diteruskan dan dijadikan budaya kerja oleh semua warga KVDUHMS dalam apa sahaja tugasan yang dijalankan.

Syabas dan terima kasih.Semoga kita akan terus bergerak ke hadapan.....SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-3824034968566962462013-08-20T20:28:00.000-07:002013-08-20T22:58:55.166-07:00Persijilan 5S oleh MPCSelamat kembali ke sesi persekolahan selepas bercuti selamat dua minggu .Semoga madrasah ramadhan yang telah dilalui dapat membentuk dan mempertingkatkan diri kita bagi meneruskan tugasan yang telah diamanahkan.

Buat pelajar tingkatan 5,teruskan usaha dan perjuangan bagi menghadapi Peperiksaan Percubaan yang akan diadakan dalam tempoh dua minggu.bagi pelajar semester 2 KV,pertingkatkan usaha bagi memastikan pencapaian yang lebih baik dari semester1.berikan fokus terhadap tugasan dan apa sahaja aktiviti yang dijalankan sepanjang p&p.Usaha tangga kejayaan...

Kepada warga KVDUHMS,selamat menerima pemantau dari MPC bagi mendapatkan persijilan 5S.Usaha dan kerjasama semua adalah sangat diharapkan.

All the best....

SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-87440770987671785392013-06-10T08:50:00.001-07:002013-06-10T08:50:13.779-07:00Selamat kembali untuk semester 2 Cuti semester 1 selama 11 hari telah berakhir dan diharapkan semua tenaga pengajar & anak2 pelajar telah mendapat rehat yang mencukupi dan bersedia untuk menghadapi semester 2 yang dijangka lebih mencabar terutama bagi persiapan pelajar kohort terakhir yang akan menghadapi SPM pada bulan Nov akan datang.Kepada pelajar KV,pertingkatkan komitmen dalam semua aktiviti dan buatlah yang terbaik kerana ianya merupakan pentaksiran berterusan yang diambil kira bagi pengiraan CGPA.Pilihan untuk gagal@berjaya berada ditangan anak-anak pelajar,oleh itu buatlah pilihan yang betul dan tepat bagi kehidupan dunia @ akhirat.

Hari pertama persekolahan mencatatkan peristiwa di mana SE telah di hempap oleh pokok getah yang tumbang akibat dari ribut pada hari sebelumnya.Walaubagaimanapun ,kerosakan yang agak minimum kerana hanya 2 keping atap yang koyak dan perlu diganti sementara selainnya boleah diguna semula.

Selamat bertugas buat semua tenaga pengajar. &. selamat maju jaya kepada semua anak-anak pelajar....SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-5114741386255801342013-05-30T11:48:00.001-07:002013-05-30T11:48:05.138-07:00SELAMAT BERCUTI Alhamdulillah,sesi persekolahan semester pertama 2013 telah berlalu diakhiri dengan Pentaksiran Pusat bagi pelajar tahun 1 KV dan Program Jom KV Boleh serta Program Perkampungan Akademik bagi pelajar Tingkatan 5.Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua tenaga pengajar yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan semua program yang telah dijalankan sepanjang semester . Moga pengalaman melaksanakan p&p bagi pelajar KV semester 1 dapat dijadikan panduan untuk menambahbaik & memantapkan pengurusan & kaedah pengajaran bagi semester yang akan datang.

Dikesempatan pelajar balik bercuti,beberapa projek akan dijalankan termasuk membaikki tangki air yang bocor ,membina tempat rehat berbumbung dan bilik air tambahan bagi pelajar asrama.Terima kasih kepada En Amir,En.Yasmir,En Azwan dan En Rizal yang telah membantu memindahkan bunga2 kertas peninggalan arwah En Ramli .Insyaallah,minggu depan kita akan memulakan projek adhoc tersebut secara bergotong-royong di bawah pengurus En Asmawi & akan dapat digunakan oleh pelajar sekembalinya untuk semester 2.

Selamat bercuti dan selamat menjalani lawatan ke Bandung kepada 9 orang tenaga pengajar.Moga akan dapat adopt & adapt ilmu dari kolej2 yang dilawati untuk kebaikan bersama....

SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-88323222809538058772013-05-15T06:35:00.002-07:002013-05-15T06:35:13.460-07:00SELAMAT HARI GURU 2013Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah merupakan tarikh keramat buat semua warga pendidik.Di hari yang penuh bermakna ini para pendidik diraikan sebagai tanda penghargaan atas penat lelah dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam usaha melahirkan insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Walaubagaimanapun,memandangkan pelajar-pelajar tahun 1 sedang mendudukki Pentaksiran Pusat bagi Semester 1, Hari Guru Peringkat KVDUHMS akan di adakan pada 17 Mei (Jumaat).

Buat semua tenaga pengajar KVDUHMS,terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen dan segala sumbangan dalam usaha membantu anak didik.Semoga kita akan terus bekerja dengan ikhlas dan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar2.

Selamat Hari Guru & Terima kasih Cikgu....SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-36788660366947695432013-03-21T08:02:00.002-07:002013-03-21T08:02:20.161-07:00SAAT YANG DITUNGGU TIBA JUA - SPM 2012 Masa berlalu begitu cepat,dan sampai masanya untuk membuat penilaian atas kerja keras yang telah dijalankan sepanjang 2011/2012.tepat jam 11.45 pg ,semua pelajar tingkatan 5 dan calon SPM 2012 telah berkumpul di astaka dengan riak muka yang mendebarkan.a

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus membantu,membimbing anak-anak pelajar sehingga mereka mampu berjaya dengan pencapaian yang cemerlang.Beberapa subjek telah menunjukkan peningkatan iatu B.M,Pendidikan Agama Islam dan Penyedian Makanan & Minuman.Tahniah kepada semua guru terlibat. Tahniah kepada pelajar yang mendapat straight A's dan tidak dilupakan kepada pelajar yang mendapat 7 A & 6A.Ini membuktikan bahawa semua pelajar mampu untuk berjaya dengan cemerlang dengan syarat adanya kemahuan dan kegigihan

Kepada anak-anak pelajar yang kurang bernasib baik,laluan lain banyak tersedia di luar sanaBuatlah pilihan yang bijak samada untuk terus belajar @ menceburi bidang pekerjaan.Apapun yang anak-anak pelajar rancang,pastikanlah ianya menjanjikan masa depan yang terbaik.Warga KVDUHMS sebnatiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak pelajar. Kami tumpang gembira atas kecemerlangan yang telah diperolehi.

Terima kasih cikgu.........SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-55092511872233505472013-03-12T08:22:00.001-07:002013-03-12T08:22:17.267-07:00Lawatan Tn Pengarah ke SE KVDUHMSAlhamdulillah,SE KVDUHMS telah menerima tetamu istemewa iaitu Tn Pengarah BPTV pada jam 2 petang.Chef-chef Laman Cafe sempat menyediakan hidangan makan tengahari dengan menu gulai ayam cili padinya dipadankan dengan sambal udang petai ,ikan masin goreng & sayur campur.tidak ketinggalan diakhiri dengan ice-cream goreng.Sebelum balik,Tn Pengarah dijamu pula dengan kueh kole kacang & Kopi kampung yang di import khas dari Sg Petani.

Semoga kehadiran Tn Pengarah dapat memberi peransang dan motivasi untuk tenaga pengajar berusaha dengan lebih giat bagi memajukan SE dan memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti .Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Pengarah atas cadangan dan pandangan.Terima kasih juga kepada chef-chef KVDUHMS,CEO,Deputy CEO,managers ,staf dan semua yang memberi sumbangan sehingga tercapainya impian untuk mewujudkan SE KVDUHMS..SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-26153524077439042712013-02-03T23:15:00.000-08:002013-02-03T23:15:02.842-08:00Selamat Datang Pelajar Tahun 1 2013Alhamdulillah , proses pendaftaran pelajar tahun 1 berjalan dengan lancar dengan dua sesi pengambilan dan minggu suaikenal.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga KVDUHMS yang telah membantu melancarkan majlis pendaftaran tersebut.Pelajar-pelajar telah pun memulakan P & P seperti yang telah dijadualkan.Walaubagaimanapun masih terdapat pelajar-pelajar yang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan sistem pembelajaran yang baru.

Terima kasih juga kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada KVDUHMS dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk mendidik anak-anak pelajar.Kepada pelajar yang gagal untuk masuk ke sini,pihak kolej mohon berbanyak maaf kerana tempat yang ada tersangat terhad dengan permintaan yang sangat tinggi. Insyallah rezki anak-anak ada di tempat lain,jadi teruskan usaha supaya cita-cita dan impian yang tertanam akan dapat dicapai.

Selamat menjadi warga KVDUHMS .....SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-64222857278962436772013-01-26T06:52:00.000-08:002013-01-26T06:52:00.584-08:00SELAMAT MEMULAKAN TUGAS BAGI TAHUN 2013 Sessi akademik 2013 telah pun 3 minggu berlalu.Banyak peristiwa dan aktiviti yang telah dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat itu.Pertamanya tahniah buat semua warga KVDUHMS kerana telah dapat merealisasikan hasrat untuk menubuhkan School Enterprise Kooperasi KVDUHMS yang menyediakan tiga perkhidmatan iaitu Laman Cafe, Butik Cahaya Pesona dan D'Creative Saloon.Semoga dapat memberi pengalaman secara hands-on kepada pelajar-pelajar.

Pendaftaran pelajar kohort pertama kolej vokasional telah pun selesai dan pelajar-pelajar sedang melalui minggu suaikenal yang bertujuan untuk memberikan masa kepada pelajar menyesuaikan diri dan memahami tugas serta tanggungjawab sebagai pelajar kolej . harapan semoga mereka akan terus kekal dengan kursus yang telah dipilih.

Selamat menjadi sebahagian dari warga KVDUHMS.

SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-43251736003627913812012-12-06T06:47:00.001-08:002012-12-06T06:47:18.849-08:00Hari Terakhir SPM 2012Hari yang ditunggu-tunggu oleh calon SPM telah tiba.Tamat sahaja kertas terakhir bermakna berakhir juga gelaran sebagai pelajar smvduhms .Apa yang penting ialah anak-nak pelajar perlu bersedia untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.Semoga pesanan , peringatan dan tunjuk ajar guru sepanjang hampir dua tahun berada di smvduhms dapat membantu pelajar untuk terus survive.

Buat guru-guru,setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih atas tunjuk ajar , bimbingan dan pengorbanan yang telah diberikan. Sama-samalah kita doakan moga semua pelajar smvduhms akan berjaya dengan cemerlang.

Cuti sekolah berlalu begitu cepat.Banyak urusan yang perlu diselesaikan menjelangnya tahun baru 2013.Pelbagai bentuk dokumen perlu disediakan-laporan 2012, buku panduan guru dan pelajar serta keperluan lain terutama bagi persiapan pengambilan kohort pertama pelajar KV.Walaubagaimana pun guru-guru diingatkan untuk berfikiran terbuka & sentiasa positif.

Selamat bercuti & jumpa lagi .SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-46951418370961750072012-11-14T08:01:00.001-08:002012-11-14T08:01:07.739-08:00Selamat menyambut tahun baru hijrah....Tahun 1433H telah pun berlalu dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun dengan satu harapan moga segala kesilapan lampau diampuni Allah dan mohon supaya tahun yang akan datang membawa satu perubahan @transformasi ke arah yang lebih baik dengan meninggalkan segala sikap yang negatif.

Banyak urusan dan tuntutan tugas yang perlu diselesaikan dalam tempoh 8 minggu cuti akhir semester.Penambahbaikan perlu dibuat berdasarkan postmortem supaya kelemahan yang sama tidak berulang.Perubahan cara berfikir & bertindak adalah merupakan elemen yang sangat penting dihayati oleh ahli organisasi untuk membolehkan kita terus menikmati keseronokan & kepuasan bekerja.

Buat warga SMVDUHMS, selamat bercuti & terima kasih atas segala sumbangan sepanjang tahun 2012.Insyaallah, kita akan bertemu semula dengan persiapan yang lengkap untuk menghadapi kohort pertama KV 2013.

Salam maal hijrah.....SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-28205422810577136642012-11-01T07:50:00.002-07:002012-11-01T08:09:43.305-07:00Majlis Graduasi SKM Kali ke-3 2012Alhamdulillah Majlis Graduasi SKM kali ke-3 telah berlangsung dalam suasana yang begitu meriah.Jelas terbayang kegembiraan di wajah ibubapa atas kejayaan anak-anak mereka.Sekalung tahniah buat 36 orang graduan dan tidak dilupakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah bertungkus lumus membimbing anak-anak pelajar.

Warga sekolah sentiasa mendoakan semoga pelajar2 akan terus belajar untuk mempertingkatkan kemahiran yang ada bagi memenuhi keperluan masa kini.Sokongan, dorongan dan anjakan paradigma ibubapa adalah sangat diperlukan bagi memastikan anak-anak berada dilandasan yang betul.

Hari terakhir guru bersama-sama dengan anak didik calon SPM 2012 akan berakhir dengan Majlis Restu Ilmu.Setelah hampir dua tahun memberikan bimbingan dan tunjuk ajar,guru-guru hanya mampu mendoakan kejayaan anak-anak pelajar.

Selamat menduduki SPM 2012 .....

SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-72862420551426146452012-10-24T04:01:00.001-07:002012-10-24T04:01:15.700-07:00Hari Anugerah Kecemerlangan,asrama Terbuka,Restu Ibubapa ,Bacaan Yassin & Solat HajatAlahamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis 4 dalam satu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa yang telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.Kami warga SMVDUHMS sangat berbesar hati atas kerjasama yang diberikan.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima dari kategori pelajar @ guru yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik,sahsiah dan kokurikulum.Semoga penghargaan yang diberikan dapat menyuntik semangat dan mewujudkan persaingan positif dalam kalangan warga SMVDUHMS.

Terima kasih kepada JK Pengelola yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.Tidak dilupakan terima kasih kepada En.Hasanar Kunju yang telah mengetuai Majlis Bacaan Yassin &Solat Hajat dan En Jasmi yang telah mengendalikan Slot Restu Ibubapa.Banyak tips-tips yang telah diberikan untuk panduan ibubapa dan anak-anak pelajar yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.

Semoga semua calon-calon SPM 2012 akan berjaya dengan cemerlang dan kami yakin anda akan menjadi kebanggaan sekolah.

Buat warga SMVDUHMS,selamat menyambut hari raya Aidil Adha & All the best kepada kumpulan Inovatif dan kreatif yang akan bertanding di Trolak dan kumpulan PBL(Project Based Learning) yang akan bertanding di peringkat negeri diPD.Doa kami semoga mereka akan buat yang terbaik.SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-49568469764577609732012-10-06T00:21:00.001-07:002012-10-06T00:25:18.147-07:00Hari-hari terakhir sesi persekolahan 2012..Semester kedua 2012 hanya berbaki 5 minggu sahaja lagi tetapi SPM akan bermula dalam tempoh 4 minggu .Diharapkan calon-calon SPM akan dapat menggunakan masa ,ruang dan peluang bersama guru-guru semaksima yang mungkin untuk membuat persediaan yang secukupnya bagi menduduki SPM.Sementara guru-guru juga diharapkan mengambil kesempatan untuk menyusun strategi yang tepat dalam saat-saat terakhir untuk membantu anak-anak pelajar buat 42 orang pelajar yang terpilih untuk Program Menggilap Mutiara,tahniah diucapkan dan diharapkan sentuhan ajaib dari tn kaunselor dan guru-guru yang terlibat akan mengeluarkan butir-butir mutiara yang bermutu.

Pelbagai program tersusun dan perlu dilaksanakan mengikut perancangan.Alhamdulillah,buat kali pertama dua kumpulan KIK sekolah terpilih ke Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan bagi SMV/SMT/KV 2012 yang dijangka akan diadakan di Trolak iaitu bagi kategori P & P dan Teknikal.Tidak dilupakan juga 2 kumpulan PBL sekolah terpilih untuk masuk ke peringkat negeri.Syabas dan tahniah dan moga komitmen serta kegigihan yang ditunjukkan akan membuahkan hasil.Warga SMVDUHMS bangga dengan pencapaian tersebut .Saya penuh yakin banyak lagi inovasi dihasilkan pada masa akan datang.

Disamping program-program sekolah, beberapa orang "care taker" sedang bertungkus lumus melengkapkan prasarana untuk 'school enterprise'.Moga apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.Apa yang penting,warga SMVDUHMS hendaklah sentiasa update & upgrade....SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-11435453207125392822012-09-23T07:46:00.003-07:002012-09-23T07:47:18.824-07:00Penghargaan & Terima KasihPertandingan Kemahiran Bidang ERT Peringkat Kebangsaan Bagi SMV/KV 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya.Pada masa yang sama beberapa program yang lain dijalankan serentak iaitu Program Outreach KV ,Pameran Kerjaya, Pameran oleh Partnership dan Hari Kantin .

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan program ini.Alhamdulillah peserta bidang Fesyen berjaya mendapat Johan dan peserta bidang Kulinari mendapat Naib Johan.Tahniah kepada pemenang dan guru pembimbing.Tidak dilupakan syabas,tahniah dan terima kasih kepada warga SMVDUHMS atas komitmen dan kesungguhan membuat persiapan bagi memastikan program berjalan lancar.

Dikesempatan ini juga sekolah telah melancarkan buku resepi kek yang merupakan buku pertama yang diterbitkan.Tahniah kepada kumpulan guru dan staf yang terlibat.Dalam masa terdekat kumpulan KIK akan membuat pembentangan dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan bagi SMV/SMT/KV.Sama-sama kita berdoa moga mereka berjaya memberikan persembahan terbaik.SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-6537041443253782412012-09-18T05:46:00.003-07:002012-09-18T06:54:53.054-07:00Sekalung tahniah kepada pelajar 5PPMHari ini adalah hari yang penuh debaran bagi semua pelajar 5PPM yang menentukan samada mereka layak mendapat sijil SKM Tahap 1.Alhamdulillah,setelah dibuat penyemakan fail-fail oleh PPL semua pelajar lulus dan layak mendapat sijil Tahap 1.

Tahniah kepada semua pelajar dan tidak dilupakan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang banyak membantu membimbing pelajar-pelajar dengan penuh kesabaran bagi persiapan bahan-bahan untuk semakan PPL.Pelajar-pelajar juga berkesempatan diberi nasihat dan tips-tips untuk berjaya dalam bidang mereka.

Warga SMVDUHMS mendoakan moga mereka akan terus berjaya...SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-75937877687026020232012-08-30T08:43:00.003-07:002012-08-30T15:34:29.877-07:00Tahniah buat warga SMVDUHMSPengauditan bagi pensijilan 5S oleh MPC berakhir sudah.Alhamdulillah atas berkat kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi dari warga SMVDUHMS,En.Ismail b.Mohd Noor, juruodit MPC telah mengumumkan bahawa SMVDUHMS layak untuk dianugerahkan sijil 5S dengan pencapaian yang cemerlang.Ini merupakan hadiah istemewa sempena ulangtahun kemerdekaan ke 55.

Tahniah,syabas dan terima kasih buat semua warga SMVDUHMS yang telah bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk mendapat pengiktirafan 5S.Tidak dilupakan terima kasih kepada warga PPA Batu Pahat yang sentiasa memberi sokongan dan pandangan untuk memastikan SMVDUHMS berada ditahap yang menepati kehendak MPC.

Semoga kita akan sama-sama menjadikan Amalan 5S ini sebagai budaya kerja yang akan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.Moga kita akan terus bekerja bersama-sama....

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55 dan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2012.SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-85854686639273752052012-08-26T08:56:00.003-07:002012-08-26T08:58:51.925-07:00Salam Aidilfitri & Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPMCuti Pertengahan Semester Kedua &cuti sempena Hari Raya Aidilfitri selama 11 hari telah berlalu.Semoga semua warga SMVDUHMS telah bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan pelbagai program dan aktiviti terutama buat anak-anak pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM pada 3 September 2012.Saya yakin anda semua telah berusaha bersunggguh-sungguh dan buktikan kepada guru-guru bahawa pelajar-pelajar SMVDUHMS adalah setanding dengan pelajar-pelajar di luar sana.

30 Ogos 2012 adalah merupakan tarikh penting bagi menentukan samada sekolah layak untuk mendapatkan persijilan 5S.Justru itu,komitmen dari semua warga sekolah adalah diharapkan untuk mengemaskini dan menguruskan lokasi masing-masing bagi persediaan pengauditan oleh pegawai MPC.Semoga kita akan berjaya mencapai tahap yang melayakkan untuk penganugerahan sijil tersebut.

All the best kepada semua warga SMVDUHMS,Selamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir batin.....SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-12111152649429317172012-07-13T18:27:00.002-07:002012-07-13T20:20:29.627-07:00MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIHTanggal 13 Julai 2012, SMVDUHMS sekali lagi mencatat sejarah kerana kehilangan sebutir permata iaitu seorang guru yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan sekolah terutama dalam bidang katering.
Pn.Hjh.Hasanah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam selepas berkhidmat
selama 37 Tahun di SMVDUHMS. Dan yang paling istimewanya kerana beliau menjejakkan kaki ke SMVDUHMS sebagai seorang murid dan kembali semula bertugas sebagai guru sehingga tarikh persaraan pilihan pada usia 58 tahun dengan gred jawatan DG54.
Kecemerlangan,komitmen dan kepakaran yang telah ditunjukkan oleh beliau diharapkan dapat dijadikan contoh oleh rakan-rakan guru dan staf.Dengan berpegang kepada prinsip"don't wait for the things to happen BUT make it happen" menjadikan beliau seorang guru yang mempunyai disiplin kerja yang tinggi.
Warga SMVDUHMS mendoakan semoga beliau berbahagia bersama keluarga.Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah dicurahkan selama berada di SMVDUHMS.SELAMAT BERSARA......SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7294094479523745961.post-82724921552369220852012-07-03T07:40:00.000-07:002012-07-03T07:40:03.962-07:00Tahniah Buat Penerima APC 2011Hari ini berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi 654 orang warga SMT/SMV/KV yang diadakan di Auditorium Parcel D telah disempurnakan oleh TKPPM (Operasi Pendidikan),Tn Hj.Sufa'at b.Tumin. Beliau menyeru semua penerima APC supaya terus berusaha gigih & jadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja dengan ikhlas, menjadi role model dan motivasi ke arah kecemerlangan .

Tn.Pengarah BPTV mengingatkan bahawa sudah sampai masanya perubahan dilakukan yang melibatkan kreativiti , inovasi dan sentiasa sensitif dengan perubahan di sekeliling yang melibatkan perubahan sikap dan kualiti kerja berasaskan konsep CTI ii cepat,tepat dan berintegrasi.

Tahniah buat 5 orang warga SMVDUHMS yang telah terpilih untuk menerima APC 2011.Pihak sekolah penuh berkeyakinan mereka mampu menjadi penggerak ke arah kecemerlangan sekolah.

SHARIPAHhttp://www.blogger.com/profile/07479529994306845118noreply@blogger.com0