Sunday 15 April 2012

Sekalung tahniah buat warga SMVDUHMS...

       Masa berlalu begitu cepat dan harapan moga anak-anak pelajar khasnya pelajar tingkatan 5 menyedari tentang hakikat ini.Kadang-kadang kita terleka dengan memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya . Hakikatnya bukan menjadi satu kesalahan untuk kita saling ingat- mengingat antara satu sama lain dengan cadangan dan pandangan yang membina dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan.

       Sesungguhnya kejayaan adalah milik semua orang tapi dengan syarat usaha yang secukupnya dibuat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.Warga SMVDUHMS sekali lagi diberi pengiktirafan  dan anugerah oleh JPNS apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan 3K Kategori SMV/SMT Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah2 Negeri Sembilan bagi tahun 2011.

       Sekalung tahniah & syabas kepada warga SMVDUHMS, khasnya kepada JK 3K  sekolah atas kejayaan tersebut. Moga kejayaan seperti ini akan  menyuntik semangat untuk terus bersaing secara positif dalam kalangan pelajar dan guru-guru untuk meletakkan SMVDUHMS di tempat yang sepatutnya.

"Bersama Menjana Kecemerlangan"