Friday 13 July 2012

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH

Tanggal 13 Julai 2012, SMVDUHMS sekali lagi mencatat sejarah kerana kehilangan sebutir permata iaitu seorang guru yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan sekolah terutama dalam bidang katering. Pn.Hjh.Hasanah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam selepas berkhidmat selama 37 Tahun di SMVDUHMS. Dan yang paling istimewanya kerana beliau menjejakkan kaki ke SMVDUHMS sebagai seorang murid dan kembali semula bertugas sebagai guru sehingga tarikh persaraan pilihan pada usia 58 tahun dengan gred jawatan DG54. Kecemerlangan,komitmen dan kepakaran yang telah ditunjukkan oleh beliau diharapkan dapat dijadikan contoh oleh rakan-rakan guru dan staf.Dengan berpegang kepada prinsip"don't wait for the things to happen BUT make it happen" menjadikan beliau seorang guru yang mempunyai disiplin kerja yang tinggi. Warga SMVDUHMS mendoakan semoga beliau berbahagia bersama keluarga.Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah dicurahkan selama berada di SMVDUHMS.SELAMAT BERSARA......

Tuesday 3 July 2012

Tahniah Buat Penerima APC 2011

Hari ini berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi 654 orang  warga SMT/SMV/KV yang diadakan di Auditorium Parcel D  telah disempurnakan oleh TKPPM (Operasi Pendidikan),Tn Hj.Sufa'at b.Tumin. Beliau menyeru semua penerima APC supaya terus berusaha gigih & jadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja dengan ikhlas, menjadi role model dan motivasi   ke arah kecemerlangan .

Tn.Pengarah BPTV mengingatkan bahawa sudah sampai masanya perubahan dilakukan yang melibatkan kreativiti , inovasi dan sentiasa sensitif dengan perubahan di sekeliling yang melibatkan perubahan sikap dan kualiti kerja berasaskan konsep CTI ii cepat,tepat dan berintegrasi.

Tahniah buat 5 orang warga SMVDUHMS yang telah terpilih untuk menerima APC 2011.Pihak sekolah penuh berkeyakinan mereka mampu menjadi penggerak ke arah kecemerlangan sekolah.