Thursday 6 December 2012

Hari Terakhir SPM 2012

Hari yang ditunggu-tunggu oleh calon SPM telah tiba.Tamat sahaja kertas terakhir bermakna berakhir juga gelaran sebagai pelajar smvduhms .Apa yang penting ialah anak-nak pelajar perlu bersedia untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.Semoga  pesanan , peringatan dan tunjuk ajar guru sepanjang hampir dua tahun berada di smvduhms dapat membantu pelajar untuk terus survive.

Buat guru-guru,setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih atas tunjuk ajar , bimbingan dan pengorbanan yang telah diberikan. Sama-samalah kita doakan moga semua pelajar smvduhms akan berjaya dengan cemerlang.

Cuti sekolah berlalu begitu cepat.Banyak urusan yang perlu diselesaikan menjelangnya tahun baru 2013.Pelbagai bentuk dokumen perlu disediakan-laporan 2012, buku panduan guru dan pelajar serta keperluan lain terutama bagi persiapan pengambilan kohort pertama pelajar KV.Walaubagaimana pun guru-guru diingatkan untuk berfikiran terbuka & sentiasa positif.

Selamat bercuti & jumpa lagi .

Wednesday 14 November 2012

Selamat menyambut tahun baru hijrah....

Tahun  1433H telah pun berlalu dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun  dengan satu harapan moga segala kesilapan lampau diampuni Allah dan mohon supaya tahun yang akan datang membawa satu perubahan @transformasi ke arah yang lebih baik dengan meninggalkan segala sikap yang negatif.

Banyak urusan dan tuntutan tugas yang perlu diselesaikan dalam tempoh 8 minggu cuti akhir semester.Penambahbaikan perlu dibuat berdasarkan postmortem supaya kelemahan yang sama tidak berulang.Perubahan cara berfikir & bertindak adalah merupakan elemen yang sangat penting dihayati oleh ahli organisasi untuk membolehkan kita terus menikmati keseronokan & kepuasan bekerja.

Buat warga SMVDUHMS, selamat  bercuti & terima kasih atas segala sumbangan sepanjang  tahun 2012.Insyaallah, kita  akan bertemu semula dengan persiapan yang lengkap untuk menghadapi kohort pertama KV 2013.

Salam maal hijrah.....

Thursday 1 November 2012

Majlis Graduasi SKM Kali ke-3 2012

Alhamdulillah Majlis Graduasi SKM kali ke-3 telah berlangsung dalam suasana yang begitu meriah.Jelas terbayang kegembiraan di wajah ibubapa atas kejayaan anak-anak mereka.Sekalung tahniah buat 36 orang graduan dan tidak dilupakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah bertungkus lumus membimbing anak-anak pelajar.

Warga sekolah sentiasa mendoakan semoga pelajar2 akan terus belajar untuk mempertingkatkan kemahiran yang ada  bagi  memenuhi keperluan masa kini.Sokongan, dorongan dan anjakan paradigma  ibubapa adalah sangat diperlukan bagi memastikan anak-anak berada dilandasan yang betul.

Hari terakhir guru bersama-sama dengan anak didik calon SPM 2012 akan  berakhir dengan Majlis Restu Ilmu.Setelah hampir dua tahun memberikan bimbingan dan tunjuk ajar,guru-guru hanya mampu mendoakan kejayaan anak-anak pelajar.

Selamat menduduki SPM 2012  .....

Wednesday 24 October 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan,asrama Terbuka,Restu Ibubapa ,Bacaan Yassin & Solat Hajat

Alahamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis 4 dalam satu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa yang telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.Kami warga SMVDUHMS sangat berbesar hati atas kerjasama yang diberikan.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima dari kategori pelajar @ guru yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik,sahsiah dan kokurikulum.Semoga penghargaan yang diberikan dapat menyuntik semangat dan mewujudkan persaingan positif dalam kalangan warga SMVDUHMS.

Terima kasih kepada JK Pengelola yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.Tidak dilupakan terima kasih kepada En.Hasanar Kunju yang telah mengetuai Majlis Bacaan Yassin &Solat Hajat dan En Jasmi yang telah mengendalikan Slot Restu Ibubapa.Banyak tips-tips yang telah diberikan untuk panduan ibubapa dan anak-anak pelajar yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.
Semoga semua calon-calon SPM 2012 akan berjaya dengan cemerlang dan kami yakin anda akan menjadi kebanggaan sekolah.

Buat warga SMVDUHMS,selamat menyambut hari raya Aidil Adha & All the best kepada kumpulan Inovatif dan kreatif yang akan bertanding di Trolak dan kumpulan PBL(Project Based Learning) yang akan bertanding di peringkat negeri diPD.Doa kami semoga mereka akan buat yang terbaik.

Saturday 6 October 2012

Hari-hari terakhir sesi persekolahan 2012..

Semester kedua 2012  hanya berbaki 5 minggu sahaja lagi tetapi SPM akan bermula dalam tempoh  4 minggu .Diharapkan calon-calon SPM akan dapat menggunakan masa ,ruang dan peluang bersama guru-guru semaksima yang mungkin untuk membuat persediaan yang secukupnya  bagi menduduki SPM.Sementara guru-guru juga diharapkan mengambil kesempatan untuk menyusun strategi yang tepat dalam saat-saat terakhir untuk membantu anak-anak pelajar buat 42 orang pelajar yang terpilih untuk Program Menggilap Mutiara,tahniah diucapkan dan diharapkan sentuhan ajaib dari tn kaunselor dan guru-guru yang terlibat akan mengeluarkan butir-butir mutiara yang bermutu.

Pelbagai program tersusun dan perlu dilaksanakan mengikut perancangan.Alhamdulillah,buat kali pertama dua kumpulan KIK sekolah terpilih ke Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan bagi SMV/SMT/KV 2012 yang dijangka akan diadakan di Trolak iaitu bagi kategori P & P dan Teknikal.Tidak dilupakan juga 2 kumpulan PBL sekolah terpilih untuk masuk ke peringkat negeri.Syabas dan tahniah dan moga komitmen serta kegigihan yang ditunjukkan akan membuahkan hasil.Warga SMVDUHMS bangga dengan pencapaian tersebut .Saya penuh yakin  banyak lagi inovasi  dihasilkan pada masa akan datang.

Disamping program-program sekolah, beberapa orang "care taker" sedang bertungkus lumus  melengkapkan prasarana untuk 'school enterprise'.Moga apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.Apa yang penting,warga SMVDUHMS hendaklah sentiasa update & upgrade....

Sunday 23 September 2012

Penghargaan & Terima Kasih

Pertandingan Kemahiran Bidang ERT Peringkat Kebangsaan Bagi SMV/KV 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya.Pada masa yang sama beberapa program yang lain dijalankan serentak iaitu Program Outreach KV ,Pameran Kerjaya, Pameran oleh Partnership dan Hari Kantin .

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan program ini.Alhamdulillah peserta bidang Fesyen berjaya mendapat Johan dan peserta bidang Kulinari mendapat Naib Johan.Tahniah kepada pemenang dan guru pembimbing.Tidak dilupakan syabas,tahniah dan terima kasih kepada warga SMVDUHMS atas komitmen dan kesungguhan membuat persiapan bagi memastikan program berjalan lancar.

Dikesempatan ini juga sekolah telah melancarkan buku resepi kek yang merupakan buku pertama yang diterbitkan.Tahniah kepada kumpulan guru dan staf yang terlibat.Dalam masa terdekat kumpulan KIK akan membuat pembentangan dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan bagi SMV/SMT/KV.Sama-sama kita berdoa moga mereka berjaya memberikan persembahan terbaik.

Tuesday 18 September 2012

Sekalung tahniah kepada pelajar 5PPM

Hari ini adalah hari yang penuh debaran bagi semua pelajar 5PPM yang menentukan samada mereka layak mendapat sijil SKM Tahap 1.Alhamdulillah,setelah dibuat penyemakan fail-fail oleh PPL semua pelajar lulus dan layak mendapat sijil Tahap 1.

Tahniah kepada semua pelajar dan tidak dilupakan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang banyak membantu membimbing pelajar-pelajar dengan penuh kesabaran  bagi persiapan  bahan-bahan  untuk semakan PPL.Pelajar-pelajar juga berkesempatan diberi nasihat dan tips-tips untuk berjaya dalam bidang mereka.

Warga SMVDUHMS mendoakan moga mereka akan terus berjaya...

Thursday 30 August 2012

Tahniah buat warga SMVDUHMS

Pengauditan bagi pensijilan 5S oleh MPC berakhir sudah.Alhamdulillah atas berkat kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi dari warga SMVDUHMS,En.Ismail b.Mohd Noor, juruodit MPC telah mengumumkan bahawa SMVDUHMS layak untuk dianugerahkan sijil 5S dengan pencapaian yang cemerlang.Ini merupakan hadiah istemewa sempena ulangtahun kemerdekaan ke 55.

Tahniah,syabas dan terima kasih buat semua warga SMVDUHMS yang telah bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk mendapat pengiktirafan 5S.Tidak dilupakan terima kasih kepada warga PPA Batu Pahat yang sentiasa memberi sokongan dan pandangan untuk memastikan SMVDUHMS berada ditahap yang menepati kehendak MPC.

Semoga  kita akan sama-sama menjadikan Amalan 5S ini sebagai budaya kerja  yang akan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.Moga kita akan terus bekerja bersama-sama....

Selamat  menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55 dan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2012.

Sunday 26 August 2012

Salam Aidilfitri & Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM

Cuti Pertengahan Semester Kedua &cuti sempena Hari Raya Aidilfitri selama 11 hari telah berlalu.Semoga semua warga SMVDUHMS telah bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan pelbagai program dan aktiviti terutama buat anak-anak pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM pada 3 September 2012.Saya yakin anda semua  telah berusaha bersunggguh-sungguh dan buktikan kepada guru-guru bahawa pelajar-pelajar SMVDUHMS adalah setanding dengan pelajar-pelajar di luar sana.

 30 Ogos 2012 adalah merupakan tarikh penting bagi menentukan samada sekolah layak untuk mendapatkan persijilan 5S.Justru itu,komitmen dari  semua warga sekolah adalah diharapkan untuk mengemaskini dan menguruskan lokasi masing-masing bagi persediaan pengauditan oleh pegawai MPC.Semoga kita akan berjaya mencapai tahap yang melayakkan untuk penganugerahan sijil tersebut.

All the best kepada semua warga SMVDUHMS,Selamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir batin.....

Friday 13 July 2012

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH

Tanggal 13 Julai 2012, SMVDUHMS sekali lagi mencatat sejarah kerana kehilangan sebutir permata iaitu seorang guru yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan sekolah terutama dalam bidang katering. Pn.Hjh.Hasanah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam selepas berkhidmat selama 37 Tahun di SMVDUHMS. Dan yang paling istimewanya kerana beliau menjejakkan kaki ke SMVDUHMS sebagai seorang murid dan kembali semula bertugas sebagai guru sehingga tarikh persaraan pilihan pada usia 58 tahun dengan gred jawatan DG54. Kecemerlangan,komitmen dan kepakaran yang telah ditunjukkan oleh beliau diharapkan dapat dijadikan contoh oleh rakan-rakan guru dan staf.Dengan berpegang kepada prinsip"don't wait for the things to happen BUT make it happen" menjadikan beliau seorang guru yang mempunyai disiplin kerja yang tinggi. Warga SMVDUHMS mendoakan semoga beliau berbahagia bersama keluarga.Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah dicurahkan selama berada di SMVDUHMS.SELAMAT BERSARA......

Tuesday 3 July 2012

Tahniah Buat Penerima APC 2011

Hari ini berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi 654 orang  warga SMT/SMV/KV yang diadakan di Auditorium Parcel D  telah disempurnakan oleh TKPPM (Operasi Pendidikan),Tn Hj.Sufa'at b.Tumin. Beliau menyeru semua penerima APC supaya terus berusaha gigih & jadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja dengan ikhlas, menjadi role model dan motivasi   ke arah kecemerlangan .

Tn.Pengarah BPTV mengingatkan bahawa sudah sampai masanya perubahan dilakukan yang melibatkan kreativiti , inovasi dan sentiasa sensitif dengan perubahan di sekeliling yang melibatkan perubahan sikap dan kualiti kerja berasaskan konsep CTI ii cepat,tepat dan berintegrasi.

Tahniah buat 5 orang warga SMVDUHMS yang telah terpilih untuk menerima APC 2011.Pihak sekolah penuh berkeyakinan mereka mampu menjadi penggerak ke arah kecemerlangan sekolah.

Friday 29 June 2012

Pra-pengauditan 5S

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba ...Malam menjelangnya pra-pengauditan ,suasana sekolah begitu meriah,masing-masing sibuk untuk mengemaskini dan 'touch-up' maklumat & bahan-bahan yang masih dirasakan kekurangan disana sini.

Alhamdulillah, berkat kerjasama , komitmen dan kesungguhan semua warga sekolah, kita telah mampu berada di zon  yang berpotensi mendapat persijilan 5S .Walaubagaimanapun beberapa perkara yang ditegur perlu di'touch-up".Tahniah & terima kasih kepada semua guru,staf serta anak-anak pelajar ....Sumbangan anda semua sangat dihargai!

Harapan semoga amalan 5S akan menjadi budaya kerja bagi semua warga SMVDUHMS ,yang akan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pelajar.

Monday 18 June 2012

Perkongsian Pintar di Pulau Redang

Program 3H2M yang disertai oleh 30 orang guru dan 10 ahli keluarga telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Dalam tempoh yang singkat pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan,bermula dengan kunjungan mesra sambil menjamu selera di rumah keluarga cikgu Shamimi di Ajil.Terima kasih yang tidak terhingga atas layanan dan menu yang sangat enak!Kemudian kami menuju ke Pasar Payang sambil window shopping dan ada yang tidak melepaskan peluang menikmati durian IOI. Pada sebelah petang,check-in di Merang Suria Resort,dan dinner di warong makanan laut bersalut tepung.keesokan pagi bertolak ke Pulau Redang.sejurus sampai,iaitu sambil menikmati welcome drink diadakan slot Serasi Bersama dimana guru-guru baru memperkenalkan pasangan masing-masing sebagai sebahagian dari ahli keluarga smvduhms.Pada sebelah petang,kami bersnorkling,walaupun laut agak berombak tapi kepuasan dan excitement jelas terbayang diwajah masing-masing...sungguh hebat penciptaan Allah dengan karang yang indah dan ikan yang berwarna warni. Slot perkongsian pintar oleh Pn Hjh Hasanah adalah sangat bermakna dan berharga kerana berasaskan pengalaman beliau selama lebih 30thn di smvduhms.semoga semua guru yang hadir dapat menjadikan beliau sebagai contoh untuk menjadi pendidik yang cemerlang. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang dapat menyertai program ini.Terima kasih buat Pn Hjh Hasanah & moga program ini menjadi kenangan manis sebelum beliau bersara dan En.Zaki serta Pn.Ramlah.Diharapkan program ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.Insyallah ada rezki kita akan ke Pulau yang lain pula....

Saturday 9 June 2012

Selamat kembali ke sekolah....

Masa berlalu begitu cepat sehingga tanpa disedari cuti semester 1 selama 2 minggu sampai ke penghujungnya.Ini bermakna separuh dari tempoh tahun persekolahan 2012 telah berakhir.Buat anak-anak pelajar,diharapkan telah dapat membuat refleksi  atas segala usaha yang telah dibuat dalam tempoh tersebut  Justru itu ,ambillah tindakan yang sewajarnya untuk menebus kesilapan dan kealpaan selama ini.Gunakanlah kesempatan, peluang dan ruang yang ada untuk mencapai kecemerlangan diri supaya anak-anak mampu untk bersaing dan duduk sama tinggi dengan pelajar-pelajar di luar sana.

Tahniah dan terima kasih kepada semua staf dan guru-guru yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh sepuluh hari bergotong-royong  5S.Pelbagai bentuk tugasan dapat dibereskan dari sekecil-kecil kerja sehinggalah mengecat bangunan.Dan tidak dilupakan menu Nasi Ayam 5S... Komitmen yang diberikan sangat dihargai ! Harapan saya moga pelajar-pelajar memberikan kerjasama untuk menjaga kemudahan yang telah disediakan.Beberapa peraturan baru akan diperkenalkan kepada warga SMVDUHMS dalam masa terdekat.

Kepada semua warga SMVDUHMS,selamat kembali ke semester kedua 2012 dengan mental & fizikal yang mantap bagi mencapai target GPS  3.80 dalam SPM 2012  dan  memperolehi  sijil 5S pada akhir Jun....

ALL THE BEST !




 

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

          Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang sangat bermakna buat semua warga pendidik. Sambutan Hari Guru memberikan kedudukan istemewa kepada insan bergelar guru dan ini adalah cara terbaik untuk anak-anak pelajar menyatakan terima kasih , penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
  
          Banyak aktiviti telah dijalankan dengan beberapa penambahan untuk sukaneka dan persembahan guru dan sudah pastinya acara kemuncak  balingan belon air kepada mangsa-mangsa yang di target.Jelas kelihatan kegembiraan  terpancar dari wajah guru-guru.Pada hari ini juga dilancarkan Program Guru Penyayang dan diharapkan selepas ini akan wujudnya hubungan dua hala yang mesra dalam usaha untuk kita mengembalikan kecemerlangan..


          Tahniah dan terima kasih buat semua warga SMVDUHMS yang telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang program dijalankan.Terima kasih buat penaja-penaja jamuan minum pagi dan makan tengahari dengan juadah yang begitu enak.
      
          Tidak dilupakan buat anak-anak pelajar,selamat menduduki peperiksaan semester 1.Buatlah yang terbaik  dan buktikan bahawa anda mampu bersaing dengan pelajar di luar sana.


           Kepada semua warga pendidik SMVDUHMS,budi dan pengorbanan cikgu kepada anak didik sekolah ini amat dihargai dan disanjung tinggi.




SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.........TERIMA KASIH CIKGU!










Tuesday 8 May 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN....

Semester pertama hampir ke penghujung.Pelbagai aktiviti rancak berjalan terutamanya Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah yang telahpun berlangsung . Ahli-ahli kontigen telah bertungkus lumus berlatih dengan formasi masing-masing untuk tempoh  masa yang sangat terhad. Buat Kontigen KRS dan Kadet Polis beserta jurulatihnya ,tahniah atas pencapaian merangkul Naib Johan.Kepada kontigen Puteri Islam Dan Bulan Sabit,syabas dan tahniah atas komitmen yang telah diberikan sepanjang sesi latihan.Teruskan latihan dengan menambahbaik kelemahan yang telah dilakukan bagi persiapan tahun 2013!

Rabu depan adalah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik.Pelbagai program telah dirancang untuk memastikan semua guru akan merasai diri mereka diraikan.Beberapa aktiviti baru telah dikenalpasti. Semoga anak-anak SMVDUHMS akan memberikan komitmen melancarkan program yang akan dijalankan sebagai penghargaan kepada para guru.

Buat anak2 pelajar, Peperiksaan Pertengahan Tahun semakin menghampiri ...usahalah bersungguh-sungguh dan pastikan pencapaian yang bakal diperolehi adalah lebih baik dari ujian-ujian yang lalu. Sesungguhnya ,"usaha adalah  tangga kejayaan."

Apapun, aktiviti 5S sedang giat dilaksanakan sana sini.....Banyak barang-barang yang tidak diperlukan masih disimpan! Pihak Odit telah mula  untuk melaksanakan tugas buat kali pertama. Moga semua  bilik akan berbintang-bintang.....

Sunday 15 April 2012

Sekalung tahniah buat warga SMVDUHMS...

       Masa berlalu begitu cepat dan harapan moga anak-anak pelajar khasnya pelajar tingkatan 5 menyedari tentang hakikat ini.Kadang-kadang kita terleka dengan memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya . Hakikatnya bukan menjadi satu kesalahan untuk kita saling ingat- mengingat antara satu sama lain dengan cadangan dan pandangan yang membina dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan.

       Sesungguhnya kejayaan adalah milik semua orang tapi dengan syarat usaha yang secukupnya dibuat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.Warga SMVDUHMS sekali lagi diberi pengiktirafan  dan anugerah oleh JPNS apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan 3K Kategori SMV/SMT Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah2 Negeri Sembilan bagi tahun 2011.

       Sekalung tahniah & syabas kepada warga SMVDUHMS, khasnya kepada JK 3K  sekolah atas kejayaan tersebut. Moga kejayaan seperti ini akan  menyuntik semangat untuk terus bersaing secara positif dalam kalangan pelajar dan guru-guru untuk meletakkan SMVDUHMS di tempat yang sepatutnya.

"Bersama Menjana Kecemerlangan"

Saturday 31 March 2012

"Happy Belated Birthday" buat warga SMVDUHMS.

Majlis sambutan hari ulangtahun kelahiran bagi warga SMVDUHMS yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac telah berlangsung dalam suasana yang meriah.Anak-anak pelajar begitu ceria dengan pakaian pilihan masing-masing yang sudah tentunya pilihan terbaik untuk diri sendiri.

Makanan yang beraneka terhidang dan sudah tentu semuanya sedap belaka .Ada sahaja resepi baru yang diperkenalkan-Laksa Penang dgn tulang! Terima kasih buat semua guru dan staf yang bertungkus lumus menyediakan hidangan tersebut.Memang tak dapat dinafikan mereka semua mempunyai keistimewaan masing-masing.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada JK Unit B&K yang menjadi penggerak utama majlis ini.Teruskan usaha murni ini .....

Terima kasih juga kepada semua guru & staf yang sempat bersama-sama memeriahkan majlis ini.Moga majlis seperti ini dapat merapatkan ukhwah dalam kalangan warga SMVDUHMS.

Khas buat pelajar,guru dan staf yang lahir bulan Januari,Februari dan Mac -"HAPPY BELATED BIRTHDAY"


Thursday 22 March 2012

Keputusan SPM 2011...

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba ......pelbagai perasaan yang berkocak kini sampai ke penghujungnya.
Kecemerlangan yang telah dipertahankan selama 5 tahun berturut-turut gagal diselamatkan.Justru itu,harapan untuk berada di puncak juga musnah ...

Walau apa pun, tahniah buat anak-anak pelajar yang telah berjaya. Kejayaan anda adalah hasil dari komitmen dan pengorbanan selama 2 tahun berada di smvduhms.Buatlah pilihan yang tepat berdasarkan keputusan yang telah diperolehi .

Kepada anak-anak pelajar yang kurang bernasib baik, anggaplah  kegagalan ini sebagai satu kesilapan yang perlu diperbaikki,dan pastikan ianya tidak berulang untuk kali kedua.

Tidak dilupakan buat guru-guru , tahniah , syabas dan terima kasih atas komitmen , kegigihan. kesungguhan ,kesabaran dan keikhlasan tanpa penat jemu dalam menjalankan amanah membimbing anak-anak pelajar sehingga mereka berjaya.Kejayaan mereka adalah kebanggaan kita....

Saturday 17 March 2012

Selamat kembali ke SMVDUHMS

Cuti pertengahan semester pertama hampir ke penghujungnya.semoga anak-anak pelajar dan guru-guru telah dapat menikmati cuti sepenuhnya dan bersedia untuk meneruskan tanggungjawab masing-masing.

Ucapan terima kasih buat rakan-rakan guru yang berkesempatan ke sekolah untuk menyelesaikan kerja-kerja.Tahniah juga kepada JK Jadual Waktu yang berjaya juga akhirnya  ...

Moga semester baru ini akan membawa sinar baru buat seluruh warga smvduhms dalam penantian  keputusan SPM 2011 dan keputusan Pertandingan 3K Prkt Negeri.

Monday 12 March 2012

Suasana cuti sekolah....

Cuti-cuti Malaysia sedang berjalan.Suasana sekolah begitu sunyi.Rakan-rakan guru  ada yang datang untuk membereskan kerja-kerja yang belum selesai , perlu diselesaikan dan disemak secara terperinci.Staf juga sibuk dengan  aktiviti 5S masing-masing.Buatlah yang terbaik....
Syabas dan terima kasih atas komitmen yang diberikan!

Dorm-dorm telah dilabel baru dengan harapan penghuni dorm akan merasai perubahan tersebut dan seterusnya membawa kepada anjakan paradigma.Persekitaran luar dan taman-taman  perlu di touch-up supaya sejuk mata memandang!

Syukur alhamdulillah , Allah turunkan rezki hari ini, walaupun tak banyak......insyaalllah akan digunakan secara maksima.Perancangan telah ada,hanya tunggu masa dan ketika sahaja.

Friday 9 March 2012

Hari yang ditunggu-tunggu.......

Hari ini berakhir dalam suasana yang menggembirakan....Mesyuarat Agung  PIBG kali ke 35 berakhir sudah.Segala persoalan yang tersimpul telah dapat diselesaikan dan dipermudah oleh NYA.Syukur alhamdulillah......Sekalung tahniah  buat barisan AJK baru yang dilantik.Pihak sekolah yakin dengan kepimpinan yang diterajui oleh En.Zack. Terima kasih kepada AJK 2011/2012 atas sumbangan yang telah diberikan.

Syabas,tahniah dan terima kasih buat semua guru, khasnya S/U dan bendahari PIBG   yang telah memberikan komitmen dan kerjasama menjayakan majlis ini .Tidak dilupakan terima kasih tidak terhingga kepada En.Jasmi yang telah berkongsi ilmu tentang Logical Level dengan ibubapa, walaupun tak dapat cover semua, insyaalllah lain kali kita sambung lagi mungkin selepas buku "NLP untuk Guru" dilancarkan !

Ribuan terima kasih buat YB Tn.Zaifulbahri atas kesudian menyempurnakan majlis perasmian ,melancarkan facebook serta sumbangan yang diberikan.

Akhir kata,selamat bercuti buat semua warga SMVDUHMS ..........

Thursday 8 March 2012

Menjelang hari terakhir persekolahan ....

Masa berlalu begitu cepat,10 minggu  persekolahan telah dilepasi .Macam-macam program telah dapat dilaksanakan dan banyak lagi dalam perancangan yang perlu diselesaikan..Pelajar2 begitu ceria menantikan hari tersebut & mungkin juga guru2nya?

Let's take a break kerana banyak yang perlu disambung selepas cuti..Antaranya.....5S,program2 peningkatan akademik dan tidak dilupa  keputusan 3K dan keputusan SPM !

Apa yang penting kita telah buat yang terbaik! Terima kasih , tahniah dan syabas atas sumbangan untuk tempoh 10 minggu ini.Kejayaan yang lain akan menyusul kemudian.....

Wednesday 7 March 2012

hari ini dalam sejarah....

SMVDUHMS berjaya merealisasikan impian untuk mengadakan Majlis Hi-table bagi meraikan guru2 dan pelajar2 yang telah menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dalam bidang kokurikulum dan akademik.dimana pada kali ini melibatkan pelajar T5 yang telah mendapat markah tertinggi dalam setiap matapelajaran dalam Ujian 1. Syabas dan sekalung tahniah! Anak2 pelajar memang hebat!


Moga majlis ini akan membawa kepada persaingan secara positif dalam kalangan pelajar untuk terus mengekalkan kecemerlangan.Terima kasih kepada En Azali(Penolong PPD) yang sudi hadir dan ucapan setinggi penghargaan kepada penaja yang sangat bermurah hati,Tn Hj.Ismail b.Yahya.Moga beliau diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki oleh NYA.


Syabas,tahniah dan terima kasih kepada JK Pengurusan Sekolah khas buat Ust Fadilah serta guru2 yang terlibat secara langsung menjayakan majlis ini.Komitmen dan kesungguhan cikgu2 sangat  hargai.
http://smtert.edu.my/

Wajah terkini ..smvduhms


Tuesday 6 March 2012

pengalaman baru.....

JK ICT  telah melaksanakan kursus membina blog  khas untuk ketua-ketua panitia dan jk pengurusan sekolah.Peserta-peserta begitu excited untuk menghasilkan blog masing-masing w/pun agak lambat pick-up.Kesungguhan yang ditunjukkan begitu mengkagumkan! Teruskan usaha untuk menghasilkan blog yang canggih.Nanti kita buat pertandingan blog tercanggih dan berinformasi.....
Syabas kepada semua guru yang terlibat.