Friday 13 July 2012

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH

Tanggal 13 Julai 2012, SMVDUHMS sekali lagi mencatat sejarah kerana kehilangan sebutir permata iaitu seorang guru yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan sekolah terutama dalam bidang katering. Pn.Hjh.Hasanah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam selepas berkhidmat selama 37 Tahun di SMVDUHMS. Dan yang paling istimewanya kerana beliau menjejakkan kaki ke SMVDUHMS sebagai seorang murid dan kembali semula bertugas sebagai guru sehingga tarikh persaraan pilihan pada usia 58 tahun dengan gred jawatan DG54. Kecemerlangan,komitmen dan kepakaran yang telah ditunjukkan oleh beliau diharapkan dapat dijadikan contoh oleh rakan-rakan guru dan staf.Dengan berpegang kepada prinsip"don't wait for the things to happen BUT make it happen" menjadikan beliau seorang guru yang mempunyai disiplin kerja yang tinggi. Warga SMVDUHMS mendoakan semoga beliau berbahagia bersama keluarga.Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah dicurahkan selama berada di SMVDUHMS.SELAMAT BERSARA......

1 comment:

  1. Saya sebagai bekas pelajar Pn Hjh Hasanah, dan juga menti nya mengucapkan selamat bersara kepada beliau. Beliau insan yang terlalu berwibawa,sgt dihormati pelajar. Kerana tunjuk ajarnya alhmdulilah sy mendapat keputusan yg cemerlang :)
    semoga beliau sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat ..amin Noor Maizatul Hazra 2001 - 2002

    ReplyDelete