Wednesday 24 October 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan,asrama Terbuka,Restu Ibubapa ,Bacaan Yassin & Solat Hajat

Alahamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis 4 dalam satu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa yang telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.Kami warga SMVDUHMS sangat berbesar hati atas kerjasama yang diberikan.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima dari kategori pelajar @ guru yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik,sahsiah dan kokurikulum.Semoga penghargaan yang diberikan dapat menyuntik semangat dan mewujudkan persaingan positif dalam kalangan warga SMVDUHMS.

Terima kasih kepada JK Pengelola yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.Tidak dilupakan terima kasih kepada En.Hasanar Kunju yang telah mengetuai Majlis Bacaan Yassin &Solat Hajat dan En Jasmi yang telah mengendalikan Slot Restu Ibubapa.Banyak tips-tips yang telah diberikan untuk panduan ibubapa dan anak-anak pelajar yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.
Semoga semua calon-calon SPM 2012 akan berjaya dengan cemerlang dan kami yakin anda akan menjadi kebanggaan sekolah.

Buat warga SMVDUHMS,selamat menyambut hari raya Aidil Adha & All the best kepada kumpulan Inovatif dan kreatif yang akan bertanding di Trolak dan kumpulan PBL(Project Based Learning) yang akan bertanding di peringkat negeri diPD.Doa kami semoga mereka akan buat yang terbaik.

No comments:

Post a Comment