Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

          Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang sangat bermakna buat semua warga pendidik. Sambutan Hari Guru memberikan kedudukan istemewa kepada insan bergelar guru dan ini adalah cara terbaik untuk anak-anak pelajar menyatakan terima kasih , penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
  
          Banyak aktiviti telah dijalankan dengan beberapa penambahan untuk sukaneka dan persembahan guru dan sudah pastinya acara kemuncak  balingan belon air kepada mangsa-mangsa yang di target.Jelas kelihatan kegembiraan  terpancar dari wajah guru-guru.Pada hari ini juga dilancarkan Program Guru Penyayang dan diharapkan selepas ini akan wujudnya hubungan dua hala yang mesra dalam usaha untuk kita mengembalikan kecemerlangan..


          Tahniah dan terima kasih buat semua warga SMVDUHMS yang telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang program dijalankan.Terima kasih buat penaja-penaja jamuan minum pagi dan makan tengahari dengan juadah yang begitu enak.
      
          Tidak dilupakan buat anak-anak pelajar,selamat menduduki peperiksaan semester 1.Buatlah yang terbaik  dan buktikan bahawa anda mampu bersaing dengan pelajar di luar sana.


           Kepada semua warga pendidik SMVDUHMS,budi dan pengorbanan cikgu kepada anak didik sekolah ini amat dihargai dan disanjung tinggi.




SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.........TERIMA KASIH CIKGU!










No comments:

Post a Comment