Tuesday 8 May 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN....

Semester pertama hampir ke penghujung.Pelbagai aktiviti rancak berjalan terutamanya Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah yang telahpun berlangsung . Ahli-ahli kontigen telah bertungkus lumus berlatih dengan formasi masing-masing untuk tempoh  masa yang sangat terhad. Buat Kontigen KRS dan Kadet Polis beserta jurulatihnya ,tahniah atas pencapaian merangkul Naib Johan.Kepada kontigen Puteri Islam Dan Bulan Sabit,syabas dan tahniah atas komitmen yang telah diberikan sepanjang sesi latihan.Teruskan latihan dengan menambahbaik kelemahan yang telah dilakukan bagi persiapan tahun 2013!

Rabu depan adalah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik.Pelbagai program telah dirancang untuk memastikan semua guru akan merasai diri mereka diraikan.Beberapa aktiviti baru telah dikenalpasti. Semoga anak-anak SMVDUHMS akan memberikan komitmen melancarkan program yang akan dijalankan sebagai penghargaan kepada para guru.

Buat anak2 pelajar, Peperiksaan Pertengahan Tahun semakin menghampiri ...usahalah bersungguh-sungguh dan pastikan pencapaian yang bakal diperolehi adalah lebih baik dari ujian-ujian yang lalu. Sesungguhnya ,"usaha adalah  tangga kejayaan."

Apapun, aktiviti 5S sedang giat dilaksanakan sana sini.....Banyak barang-barang yang tidak diperlukan masih disimpan! Pihak Odit telah mula  untuk melaksanakan tugas buat kali pertama. Moga semua  bilik akan berbintang-bintang.....

No comments:

Post a Comment